TAHAP KESEDIAAN DAN KEPERLUAN LATIHAN GURU DALAM

Tahap Kesediaan Dan Keperluan Latihan Guru Dalam-Free PDF

  • Date:16 Mar 2020
  • Views:172
  • Downloads:6
  • Pages:13
  • Size:252.02 KB

Share Pdf : Tahap Kesediaan Dan Keperluan Latihan Guru Dalam

Download and Preview : Tahap Kesediaan Dan Keperluan Latihan Guru Dalam


Report CopyRight/DMCA Form For : Tahap Kesediaan Dan Keperluan Latihan Guru Dalam


Transcription:

Abstract The purpose of this study is to identify the extent of readiness of national elementary. science teachers in the Kuala Pilah District to apply the High Order Thinking Skills HOTS. teaching as well as the level of HOTS focused training needs in Science teaching Quantitative. research using survey method and questionnaire as a research instrument The sampling. method was used to select respondents consisting of 124 National School Science teachers in. Kuala Pilah District Negeri Sembilan The data were analyzed using Winstep 3 71 0 1. software with Rasch Measurement Model approach for description of descriptive data The. Cronbach Alpha value obtained in the pilot study was 0 95 The findings showed that Science. teachers had a high level of knowledge in HOTS mean score 3 85 min size 0 29 This. data indicates that this Science teacher has a high level of readiness to embrace HOTS basic. knowledge KBAT pedagogy knowledge KBAT item building and KBAT assessment to be. applied in the classroom The analysis also shows the level of teacher training requirement. applied HOTS as a whole at high level mean score 4 21 mean size 0 87 This finding. concludes that Science teachers have had a high level of readiness to implement KBAT in. teaching Science but they also require training to empower existing domains. Keywords Level of Teacher Preparation Teacher Training Requirementsl High Order. Thinking Skills HOTS HOTS in Science,Pengenalan, Penglibatan Malaysia dalam TIMSS dan PISA bertujuan mendapatkan maklum balas berkaitan. pendidikan Sains dan Matematik kebangsaan bagi meningkatkan mutu pelaksanaan pendidikan. sedia ada Kementerian Pendidikan Malaysia 2013 Pencapaian dalam TIMSS dan PISA. merupakan indikator keberkesanan pendidikan Sains dan Matematik negara secara global. Pencapaian Malaysia dalam kedua dua indikator ini dilihat menurun berterusan semenjak 2007. sehingga 2012 Vadivalu Kamisah 2015 Punca pencapaian Malaysia sangat lemah dalam. PISA 2009 hingga 2012 ialah format soalan teks panjang yang memerlukan murid membuat. interpretasi refleksi serta penilaian berdasarkan kehidupan sebenar berbanding soalan. peperiksaan awam Malaysia yang jauh lebih ringkas Zabani 2012 Pada tahun 2015. pencapaian Sains dan Matematik Malaysia dalam Organization for Economic Cooperation and. Development OECD Malaysia jauh ketinggalan berbanding Singapura Hong Kong Korea. Selatan Jepun Taiwan Vietnam Thailand Ukraine Turki dan Kazakhstan Organization for. Economic Cooperation and Development 2015 Sekaligus memberi isyarat sistem pendidikan. Malaysia berada jauh dari landasan pendidikan global Ong 2015. Sehubungan dengan itu pembudayaan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi KBAT dilihat. berupaya mempertingkatkan keupayaan murid menjalankan operasi pemikiran membuat. inferens menganalisis mempertingkatkan tahap pemahaman di samping memperbaiki. kelemahan diri bagi menjulang prestasi pencapaian mereka selain mengaplikasikan kemahiran. pengetahuan juga nilai secara sistematik dalam kehidupan Ramli 2013 KBAT melibatkan. pemikiran logik kritikal reflektif kreatif serta metakognitif Dalam konteks murid KBAT. digunakan apabila berdepan masalah bukan rutin keraguan dan dilema National Council of. Teachers of Matematics 2012 King Goodson Rohani 2013 KBAT merupakan. pembentukan konsep pemikiran kreatif dan kritis melakukan sumbang saran persembahan. mental penyelesaian masalah penaakulan serta pemikiran yang logik Kruger 2013. Keupayaan mengaplikasikan pengetahuan kemahiran serta nilai untuk membuat penaakulan. dan juga refleksi bertujuan ke arah membuat keputusan melakukan inovasi penyelesaian. masalah serta keupayaan menghasilkan ciptaan yang baharu Lembaga Peperiksaan Malaysia. 2013 Kementerian Pendidikan Malaysia 2013, Sungguhpun begitu menurut Rosnani 2003 pengajaran kemahiran berfikir saintifik masih. lagi bermasalah kerana didapati tahap penguasaan murid masih pada tahap sederhana Abu. Hassan dan Rohana 2003 Soalan berbentuk penyelesaian masalah dan memerlukan KBAT. kebanyakannya tidak dapat diselesaikan murid dan lebih parah lagi didapati soalan berbentuk. Kemahiran Berfikir Aras Rendah KBAR juga adakalanya tidak berjaya dijawab oleh murid. Chick dan Stacey 2013 Oleh yang demikian usaha padu perlu dilakukan ke arah. menjayakan pembudayaan KBAT dalam kalangan murid peringkat rendah lagi yang mana. memerlukan kesediaan guru dalam melaksanakannya Laporan kajian dikeluarkan Perunding. Kestrel Education UK bersama 21 Century Schools USA menyatakan bahawa pemikiran. aras tinggi dalam kalangan guru serta murid di Malaysia masih pada tahap amat rendah. Bahagian Pembangunan Kurikulum 2012 Namun tahap pengetahuan guru mata pelajaran. Sains berkaitan KBAT berada pada tahap yang sederhana Mohamad Zaidir dan Kamisah. Terdapat guru tidak menguasai kemahiran berfikir Ghazali 1997 biarpun KBAT telah lama. dilaksanakan dalam sistem pendidikan di Malaysia sejak 1994 oleh Kementerian Pendidikan. Malaysia Site Hadijah 2015 Masalah dikenal pasti berkaitan ketidaksediaan para guru. sendiri dalam mengadaptasikan KBAT berpunca kurangnya ilmu pengetahuan serta kemahiran. KBAT guru dalam pengendalian PDPC Rusnani dan Suhailah 2003 Ball dan Garton 2005. Kesediaan guru semasa proses PDPC bergantung terhadap pengetahuan kandungan mata. pelajaran yang diajar kemahiran pedagogi serta sikap yang perlu dimiliki dalam melaksanakan. kemahiran berfikir terhadap murid Rajendran 2010 Oleh yang demikian dalam konteks. kajian ini kesediaan pengetahuan merangkumi pengetahuan asas KBAT pengetahuan. pedagogi KBAT pengetahuan pembinaan item KBAT serta pentaksiran. Pelaksanaan PDPC berkesan dan pengetahuan guru saling bergantungan Peter Burnett dan. Farwell 2003 Guru berkesan merupakan guru berpengetahuan tinggi Shulman 2007. merangkumi pengetahuan pedagogi ikhtisas serta setiap isi kandungan subjek diajar Lilia. 2007 Guru berkesan juga perlu memiliki pengetahuan tinggi serta berjaya menguasai silibus. pengajaran memandangkan kedua duanya saling bersandar dengan pencapaian objektif. pengajaran Ahmad Noor Azlan dan Nurdalina 2010 Pengetahuan pedagogi ikhtisas. membolehkan guru menaakul keseluruhan isi pengajaran dengan kreatif dan kritis Lilia dan. Norlena 2000 Guru kurang peka kepada masalah pembelajaran serta gagal mengesan salah. faham murid berkaitan konsep pembelajaran yang mana sekaligus menyebabkan guru gagal. mengenal pasti permasalahan yang wujud sepanjang proses PDPC Hashweh 2005. Kegagalan guru mengenal pasti masalah dalam pengendalian pengajaran menjurus kepada. ketidakupayaan guru dalam melaksanakan sesi pengajaran yang baik Hamidah 2002. Guru kurang berkeyakinan menggubal item sendiri didorong oleh faktor kurangnya. pengetahuan Lembaga Peperiksaan Malaysia 2014 Kesannya mendorong guru mengambil. langkah mudah lagi cepat dengan menceduk item sedia ada dalam buku rujukan dan latihan di. pasaran Mohd Azhar 2006 Kegagalan guru menguasai pengetahuan pentaksiran merupakan. punca kepincangan pemantauan perkembangan prestasi murid menyebab guru tidak berupaya. mengesan potensi sebenar murid Gay dan Airasian 2000 Seterusnya menyebabkan. terhasilnya laporan pentaksiran prestasi murid yang tidak tepat menyebabkan isu. ketidakpercayaan serta keraguan ibu bapa Plake 1993 Herman dan Golan 1993 Rohaya dan. Mohd Najib 2008 Seterusnya guru gagal membuat perancangan pengajaran yang baik jika. pentaksiran tidak dilaksanakan dengan adil Stiggins 2001 Kualiti pentaksiran menjadi. perdebatan pihak luar akhirnya akan memberi kesan buruk kepada kredibiliti pentaksiran guru. terlibat Mertler 2005 Oleh yang demikian kajian ini dijalankan untuk mengenal pasti sejauh. mana tahap kesediaan guru Sains sekolah kebangsaan di Daerah Kuala Pilah mengaplikasikan. KBAT dalam PDPC serta tahap keperluan latihan berfokuskan KBAT dalam PDPC Sains. Tinjauan Literatur,Kesediaan Guru, Guru berkualiti memiliki kesediaan pengetahuan dan kepelbagaian kemahiran menghadapi. cabaran dunia pendidikan Muhammad et al 2007 Kesediaan guru merangkumi kesediaan. pengetahuan berkaitan PDPC pembinaan item pentaksiran dan pentaksiran dalam PDPC agar. pembelajaran lancar Noor Azlan 2010 Pengetahuan pedagogi membolehkan guru. menghubungkan sukatan mata pelajaran dengan kaedah pembelajaran berkesan Hassan dan. Ismail 2008 Pengetahuan pedagogi merupakan cara guru menterjemahkan pengetahuan isi. pengajaran dimiliki semasa berlangsungnya aktiviti di bilik darjah bertujuan. mempertingkatkan kefahaman murid Zaidah 2005 PDPC berkesan terhasil apabila tahap. pengetahuan pedagogi guru tinggi Abdul Shatar 2007 dan Solis 2009 Pelaksanaan. pedagogi berkesan berupaya mempertingkatkan motivasi murid Brookhart 1999 Guru perlu. menguasai pengetahuan pedagogi agar isi kandungan serta kaedah pembelajaran yang ingin. disampaikan sesuai dengan keperluan dan pencapaian murid Halim et al 2001 Pengetahuan. dan kemahiran pedagogi merupakan aspek penting memastikan kejayaan guru. mengaplikasikan KBAT Brown dan McIntyre 1993 dalam Mok 2006 Kegagalan guru. menguasai pengetahuan dan kemahiran pedagogi menghalang berlakunya PDPC yang. berkesan Wiles Bondi 1998, Kemahiran dan keupayaan mengaplikasikan pengetahuan menentukan keberkesanan guru. Sains itu untuk menyebarluaskan ilmu yang dimilikinya kepada murid Mohammed 2009. Sehubungan dengan itu latihan menjadi kaedah untuk menjana guru yang berilmu. pengetahuan berkemahiran serta berkebolehan Awang 2008 Melalui latihan guru dapat. memantapkan kemahiran mempertingkatkan ilmu pengetahuan dalam bidang kerja serta. sentiasa peka dengan perkembangan terkini Goetsch 2002 Keperluan latihan merupakan. keperluan kepada penambahbaikan prestasi guru Kroehnert 1999 Latihan dan pengalaman. dalam bidang perguruan merupakan syarat utama untuk menaja pengajaran efisyen Khalid et. al 2009 Oleh yang demikian program latihan guru perlu diteliti agar pelaksanaannya ke arah. menambahbaik prestasi guru Sains berlangsung dengan jayanya. Keperluan Latihan, Sekiranya guru berasa tahap keperluan sesuatu latihan itu tinggi maka mereka akan terdorong.
mengaplikasikan ilmu yang dipelajari di sekolah selepas tamat latihan Holton 1996 Latihan. merupakan usaha berterusan memberi pengetahuan dan juga kefahaman kepada pekerja baharu. yakni guru Sains dalam kontek kajian ini yang telah lama berkhidmat berkaitan kemahiran. yang mereka perlu kuasai dalam perkembangan pendidikan masa kini Dessler 2003 Selain. itu latihan adalah usaha sistematik dikendalikan organisasi bertujuan memudahkan. penyampaian maklumat demi mempertingkatkan kecekapan pekerjanya menjalankan tugas. Noe 2002 manakala kejayaan sesuatu program latihan dicapai sekiranya peserta latihan. berjaya mengamalkan ilmu selepas menghadiri program latihan Cheng dan Ho 2001. Produktiviti guru dapat ditingkatkan melalui latihan Muhamad 2003 Latihan adalah proses. tersusun yang memberi peluang kepada guru untuk menimba pengetahuan mempelajari. kemahiran baharu berkaitan bidang pengajaran Blanchard dan Thacker 2004 Latihan. dijalankan kepada kumpulan sasaran tanpa mengira tempoh perkhidmatan Desser 2003. Latihan menjurus kepada pembangunan sumber manusia merangkumi golongan guru. Shaharudin dan Abidin 2009 Program latihan dilihat wadah untuk memastikan sekolah. mempunyai aset berpengetahuan berkeupayaan serta bersedia dengan kemahiran tinggi supaya. dapat meningkatkan prestasi kerja Ibrahim 2006 Guru perlu menghadiri latihan untuk. menambah pengetahuan dan kefahaman dari segi penyediaan bahan bantu mengajar Sains. pembinaan item KBAT kandungan kurikulum Sains pentaksiran Mustafa dan Osman 2011. Sebagai initiatif KPM memperkasakan latihan guru untuk menyediakan guru Sains. berkredibiliti melaksanakan pedagogi Sains berkesan pembinaan item mempunyai nilai. kesahan dan kebolehpercayaan terhadap standard kurikulum yang digazetkan serta pengagihan. markah yang tepat mengikut piawaian telah ditentukan Kementerian Pendidikan Malaysia. 2013 Melalui kursus seminar bengkel forum serta persidangan yang melibatkan pendidikan. pertambahan pengetahuan guru akan berlaku sekiranya guru bersedia dan bermotivasi. menghadiri program yang dianjurkan Hussin 2004, Sungguhpun terdapat kejayaan yang dicapai seperti peningkatan pencapaian TIMMS dan PISA. 2015 Abdul Halim 2017 namun terdapat juga dapatan menunjukan guru tidak jelas berkaitan. pembudayaan KBAT dalam PDPC walaupun pendedahan secara formal diberikan Sharifah et. al 2012 Sebagai langkah mengatasinya satu kaedah berbentuk amali perlu dilaksanakan. daripada teori yang dipelajari berkaitan pengetahuan asas penerapan KBAT membina item. KBAT termasuk juga pentaksiran dipelajari PLC iaitu Professional Learning Community. dilancarkan pada 2011 Kementerian Pendidikan Malaysia 2013 Antara strategi pelaksanaan. PLC adalah melalui Pembimbing Rakan Sebaya PRS Sesi Perkongsian Jejak Pembelajaran. serta Ulangkaji Pengajaran Eaker dan Many 2006 Perkongsian ilmu melalui pendekatan. PRS berupaya meningkatkan profesionalisme guru Huston dan Weaver 2008 Selain itu. melalui program SISC memberi bimbingan berkaitan kemahiran dan alternatif penyelesaian. isu yang timbul berkaitan PDPC Denton dan Hasbrouk 2009. Latihan Dalam Perkhidmatan LDP adalah proses memperoleh kemahiran konsep baharu. peraturan seta sikap sistematik yang dapat menambahbaik prestasi kerja individu Tight 2000. LDP merupakan latihan penambahbaikan yang membekalkan latihan tambahan bagi individu. bekerja kerana terdapat transformasi bidang kerjanya sama ada melibatkan teknologi mahupun. organisasi kerjanya yang bertambah kompleks Grubb dan Ry. KBAT dalam PDPC Sains namun mereka juga memerlukan latihan untuk memperkasakan penguasaan sedia ada Kajian membawa implikasi terhadap keperluan latihan para guru yang mana penganjuran latihan dan kursus kelak diharapkan dapat menyumbang peningkatan kualiti profesionalisme guru melalui penganjuran latihan berkaitan amalan KBAT dalam PDPC Sains

Related Books