E PEMBELAJARAN DALAM KALANGAN PELAJAR DI SEBUAH INSTITUSI

E Pembelajaran Dalam Kalangan Pelajar Di Sebuah Institusi-Free PDF

  • Date:22 Nov 2020
  • Views:2
  • Downloads:0
  • Pages:9
  • Size:313.10 KB

Share Pdf : E Pembelajaran Dalam Kalangan Pelajar Di Sebuah Institusi

Download and Preview : E Pembelajaran Dalam Kalangan Pelajar Di Sebuah Institusi


Report CopyRight/DMCA Form For : E Pembelajaran Dalam Kalangan Pelajar Di Sebuah Institusi


Transcription:

Di Malaysia pertambahan bilangan IPT menunjukkan terdapat permintaan terhadap pendidikan. tinggi Justeru banyak universiti di Malaysia telah dirancang untuk menggunakan E Pembelajaran E. Learning Raja Hussain 2004 Didalam web iKlik menyatakan bahawa pendidikan E Pembelajaran E. Learning dianggap berbaloi dan fleksibel nota dan tutorial yang boleh didapati dari Internet serta. perkuliahan secara on line Secara tidak langsung ianya dapat menjimatkan kos dan masa terutamanya bagi. mereka yang berkerja sepenuh masa serta tempat tinggal yang jauh daripada universiti Dalam ertikata. yang lain melalui pembelajaran secara maya ini tiada lagi jurang masa dan jarak yang menjadi halangan. untuk belajar, Ciri ciri E Pembelajaran E Learning berubah selaras dengan kemajuan dan pembangunan. teknologi pendidikan LMS Learning Management System digunakan oleh IPT sebagai pelantar platform. untuk menyampaikan bahan pembelajaran secara talian Kebanyakan bahan pembelajaran adalah di dalam. bentuk teks atau persembahan dan lebih bersifat informasi dan individualistik Walaupun strategi. pembelajaran lebih berpusatkan pelajar kolaborasi aktif antara pelajar dengan pelajar yang lain masih di. tahap minimum Mohd Koharudin 2004 Jaya Kumar 2001 Sebagai contoh kolaborasi aktif hanya. berlaku di dalam chat groups atau bulletin board antara pelajar apabila mereka menghadapi masalah dalam. menyelesaikan tugasan, Kemunculan perkembangan teknologi pendidikan yang bermula dengan penggunaan komputer. peribadi pada awal tahun 1980an telah mempengaruhi proses pengajaran dan pembelajaran di semua. institusi pendidikan Pembelajaran elektronik atau E Pembelajaran E Learning diguna pakai dengan. menggunakan alat medium elektronik dalam suasana pengajaran dan pembelajaran walaupun Internet. belum lagi diperkenalkan pada ketika itu Seiring dengan waktu E Pembelajaran E Learning. diketegorikan sebagai mod pembelajaran sepanjang hayat malah diterima baik kehadirannya dalam. kalangan komuniti global Masyarakat mula maklum tentang kepentingan ilmu pengetahuan dan informasi. dengan itu menerima konsep E Pembelajaran E Learning sebagai model pembelajaran sementara untuk. masa hadapan Asia e University 2010, Penggunaan E Pembelajaran E Learning sememangnya lebih fleksibel penggunaannya dalam. pembelajaran Tambahan lagi bahan pembelajaran didalam E Pembelajaran E Learning lebih mudah. untuk diakses dimana sahaja tanpa mengira waktu dan sempadan disamping mengandungi pelbagai. sumber sumber rujukan termasuk daya tarikan yang menarik dari segi penggunaan multimedia dan grafik. dalam E Pembelajaran E Learning Proses mempelajari E Pembelajaran E Learning kini menjadi. semakin mudah digunakan seiring dengan perkembangan era global dan era digital informasi. Menurut Pollard Hillage 2001 tidak semua pelajar atau organisasi menikmati kelebihan E. Pembelajaran E Learning Bagi memastikan penggunaan E Pembelajaran E Learning dapat digunakan. secara meluas dan bebas dalam penggunaan yang berkesan dikalangan pelajar perlu diketahui faktor. faktor yang mempengaruhi kepada penggunaannya, Selain itu terdapat banyak faktor yang telah dikenalpasti yang mendorong kepada penggunaan. LMS dari kajian kajian lepas dimana kajian oleh Shiun 2007 menyatakan antara faktor yang. mempengaruhi penggunaan teknologi adalah termasuk kursus teknologi yang diberikan kebimbangan. terhadap teknologi efektif pengajaran dengan menggunakan teknologi moden kesediaan terhadap. teknologi moden pengertian terhadap halangan kebimbangan terhadap teknologi dan kepunyaan. rangkaian internet di rumah Faktor faktor lain juga turut dijumpai daripada kajian kajian lepas pada Guru. Menengah 2013 Al Mobaideen et al 2012 Azizol 2011 dan Barron 2006 Namun demikian. kajian lepas kurang melihat kepada kemudahan infrastuktur dan tidak menyertakan faktor dalaman pelajar. Kajian ini ingin mengkaji faktor faktor yang mempengaruhi tahap penggunaan E Pembelajaran. E Learning bagi meningkatkan keberkesanan penggunaannya kepada pelajar Kajian ini melihat faktor. dan penggunaan E Pembelajaran E Learning di kalangan pelajar di sebuah IPTS di Selangor berdasarkan. beberapa faktor faktor yang dijangka mempengaruhinya meliputi faktor dalaman pelajar dan faktor luaran. iaitu faktor infrastruktur di asrama mahallah faktor infrastruktur kolej selain asrama mahallah dan faktor. sifat kendiri, Di IPTS tersebut pendekatan E Pembelajaran E Learning digunakan melalui web Learning.
Management System LMS Penggunaan terhadap E Pembelajaran E Learning di kalangan pelajar IPTS. tersebut agak terbatas diatas beberapa faktor Amat menyedihkan apabila pelajar IPTS tersebut sendiri. tidak kerap melayari portal LMS IPTS tersebut untuk sebarang informasi informasi E Pembelajaran E. Learning dalam pembelajaran harian mereka Keadaan ini menjadi lebih kritikal lagi apabila pelajar terlepas. pandang akan informasi informasi penting yang dikemaskini di dalam LMS sebagai contohnya dateline. assignment quiz midterm online examination yang memerlukan pelajar untuk menghantar tugasan tugasan. tersebut dalam jangka masa yang ditetapkan dengan segera. ISSN XXXX Attarbawiy Malaysian Online Journal of Education. Vol 1 No 1 2017, Pengenalpastian faktor faktor seperti infrastruktur di asrama mahallah infrastruktur kolej selain. asrama mahallah dan sifat kendiri individu antaranya mempengaruhi keberkesanan penggunaan E. Pembelajaran E Learning boleh membantu meningkatkan lagi usaha untuk meningkatkan tahap. penggunaan E Pembelajaran E Learning dikalangan pelajar IPT. 2 0 KAJIAN LITERATUR DAN PEMBENTUKAN HIPOTESIS, Kajian literatur boleh dibahagikan kepada keberkesanan E Pembelajaran Learning Management System. LMS infrastruktur asrama dan selain asrama dan sifat kendiri. 2 1 Keberkesanan E Pembelajaran E Learning, Menurut Lim 2002 dan Fakhrul Anuar Aziz 2002 keberkesanan penggunaan E Pembelajaran E. Learning bagi tujuan pembelajaran diakui efektif dan efisien Keberkesanaan E Pembelajaran E Learning. terhasil daripada sebuah pembelajaran yang meliputi motivasi diri komunikasi kecekapan dan teknologi. Pamungkas Rofiq n d Berdasarkan buku Understanding Organizational Behavior menurut Zainal. Ariffin Ahmad 2009 dalam penulisannya mengatakan bahawa motivasi didefinisikan sebagai daya. lingkungan seseorang individu yang mempengaruhi haluan kegigihan dan ketekunan dalam tingkah laku. individu secara sukarela Steers et al 2004 Pendapat ni disokong di dalam Dasar e Pembelajaran Negara. DePAN untuk Institusi Pengajian Tinggi Asia e University 2010 dimana E Pembelajaran E Learning. membentuk pelajar yang aktif dan bertanggungjawab bebas dan berdikari dalam pendidikan. Menurut Al Mobaideen Allahawiah Alkhawaldeh 2012 revolusi dalam pembelajaran dan. aplikasi pendidikan komputer dan juga penggunaan komputer dalam pendidikan adalah masih baru dan. berkembang dari hari ke hari sehingga akhirnya konsep E Pembelajaran E Learning berpandukan. teknikal diperkenalkan untuk membekalkan ilmu pendidikan kepada pelajar melalui cara yang efektif. E Pembelajaran E Learning juga menuntut budaya belajar lebih efektif sehingga penggunanya. harus dapat memotivasi dirinya sendiri untuk belajar Prakarsa n d Selain itu kajian ini disokong lagi. dengan kajian Surjono Dwi Herman 2015 yang mengatakan bahawa E Pembelajaran E Learning dapat. melahirkan sistem pembelajaran yang flexible dan distributed Pelajar akan menjadi lebih fleksibel dalam. memilih waktu dan tempat belajar kerana tidak perlu datang di suatu tempat pada waktu tertentu. Disamping itu juga distributed learning merujuk kepada pembelajaran dimana pengajar pelajar dan bahan. pembelajaran terletak di lokasi yang berbeza sehingga pelajar dapat belajar tahap batasan waktu dan. 2 2 Learning Management Systems LMS, Menurut Asia e University 2010 menyokong kajian dari Mohd Koharudin 2004 tentang LMS Learning. Management System yang digunakan sepagai platform untuk menyampaikan bahan pembelajaran secara. talian tidak kira dalam bentuk teks atau persembahan dan lebih bersifat informasi dan individualistik. Embi 2010 berpendapat bahawa LMS Learning Management System atau sistem pengurusan pembelajaran. merupakan sistem maklumat yang direka dengan tujuan untuk memudahkan penyampaian kursus atas. talian LMS juga turut menggunakan terma lain seperti CMS Course Management System dan VLE Virtual. Learning Environment, LMS adalah sistem maklumat yang mentadbir kursus pengajar yang diterajui dan dan menjejaki.
kemajuan pelajar Brown Johnson 2003 LMS memudahkan usaha dalam latihan penilaian dan. mengenalpasti prestasi dan pencapaian akademik pelajar. Menurut Ninoriya 2011 fungsi utama LMS antaranya adalah pentadbiran berpusat dan. automatik sistem layan diri dan perkhidmatan penyampaian kandungan pembelajaran dengan cepat. menyatukan inisiatif latihan pada platform berasaskan web yang berskala sokongan mudah alih dan. memperibadikan kandungan pembelajaran sendiri serta membolehkan penggunaan semula ilmu. 2 3 Infrastruktur Di Asrama Mahallah dan Infrastruktur Kolej Selain Asrama Mahallah. Infrastruktur bermaksud struktur asas sesuatu organisasi sistem dan sebagainya Selain itu infrastruktur. juga bermaksud prasarana kemudahan dan perkhidmatan asas seperti kemudahan pengangkutan. pendidikan kesihatan dan sebagainya bekalan kuasa elektrik dan pelbagai kemudahan lain yang. diperlukan untuk pembangunan dan pertumbuhan sesebuah negara masyarakat organisasi dan. sebagainya, ISSN XXXX Attarbawiy Malaysian Online Journal of Education. Vol 1 No 1 2017, Kajian ini membahagikan faktor infrastruktur kepada dua iaitu infrastruktur di asrama mahallah. dan infrastruktur kolej selain asrama mahallah kerana faktor infrastruktur asrama mahallah sama penting. kepada pelajar IPTS tersebut kerana hampir keseluruhan pelajar IPTS tersebut tinggal di asrama mahallah. yang disedikan oleh pihak IPTS tersebut, Infrastruktur kolej selain asrama mahallah terdiri dari perpustakaan fakulti hotspot Wifi IPTS. tersebut dan lain lain Faktor ini juga penting kerana pelajar juga seringkali menghabiskan waktu. pembelajaran di infrastruktur kolej selain asrama mahallah. Infrastruktur di asrama mahallah dan infrastruktur kolej selain asrama mahallah berkaitan. dengan situasi atau persekitaran seseorang itu berada Schilke 2001 Ini disokong oleh SHIUNG 2007. dimana persekitaran pembelajaran yang tidak sesuai menjadi penghalang infrastruktur untuk pelajar. menggunakan E Pembelajaran E Learning,2 4 Sifat Kendiri. Menurut Bell 2007 E Pembelajaran E Learning didefinisikan sebagai fleksibiliti dan kawalan bagi. seorang pelajar untuk dapat memilih waktu dan tempat untuk belajar serta dapat mengatur kegiatan. pembelajaran mereka E Pembelajaran E Learning mengambil kira keperluan dan minat pelajar itu. sendiri ASTD Masie 2001, Perlakuan individu sangat dipengaruhi oleh sikap individu tersebut terhadap sesuatu perkara itu.
Sikap yang positif sentiasa membawa kepada perlakuan yang positif dan begitu juga sebaliknya sikap yang. negatif sentiasa membawa kepada perlakuan yang negatif Manusia et al 2005 Ini disokong oleh. Bandura 1994 yang mendapati bahawa sikap positif terhadap pembelajaran memberi kesan yang kuat. kepada motivasi pelajar Ini berkait rapat dengan tabiat pelajar itu sendiri sama ada menjadikan penggunan. E Pembelajaran E Learning sebagai satu kepentingan ketika menggunakan internet atau sebaliknya. Menurut Veloo Muhammad 2011 tabiat merujuk kepada sesuatu yang dapat dimiliki konsisten. kaedah pembelajaran berkesan dan tabiat, E Pembelajaran E Learning membolehkan pembelajaran kendiri dilaksanakan dengan lebih. berkesan Pengajaran Pembelajaran Di n d E pembelajaran membolehkan pembelajaran kendiri. dilaksanakan dengan lebih berkesan Pelajar boleh memilih masa kandungan serta hala tuju pembelajaran. mereka Pelajar juga berpeluang belajar tajuk yang susah berulang kali sehingga pemahaman dicapai. Mereka juga dapat belajar di dalam suasana yang selamat tanpa berasa malu untuk bertanya Pertanyaan. juga boleh dibuat di dalam talian Jaya Kumar 2001, Hall dan Lindzey Abdul Hamid et al 1999 menyatakan bahawa ahli psikologi bersependapat. bahawa setiap individu boleh dan berpotensi untuk maju dalam segala aspek kehidupan mereka sekiranya. mereka dibimbing dengan sempurna E Pembelajaran E Learning memerlukan motivasi diri sendiri. Pollard Hillage 2001 Timura 1995 dedikasi dan disiplin diri sendiri Pollard Hilage 2001. Kemahiran pengurusan masa adalah sangat penting kerana penggunaan E Pembelajaran E Learning. adalah berpandukan kepada diri sendiri SHIUNG 2007. 3 0 HIPOTESIS KAJIAN, Terdapat tiga hipotesis kajian yang diuji oleh pengkaji dalam menjalankan kajian ini Berikut adalah ketiga. tiga hipotesis kajian yang telah diuji, Hipotesis Pertama Hubungan antara infrastruktur di asrama mahallah dengan keberkesanan penggunaan. E Pembelajaran E Learning, H1 Terdapat hubungan yang signifikan antara infrastruktur di asrama mahallah dengan keberkesanan.
penggunaan E Pembelajaran E Learning Pengkaji menjangkakan semakin baik infrastruktur di asrama. mahallah maka semakin tinggi keberkesanan penggunaan E Pembelajaran E Learning. Hipotesis Kedua Hubungan antara infrastruktur kolej selain asrama mahallah dengan keberkesanan. penggunaan E Pembelajaran E Learning, H1 Terdapat hubungan yang signifikan antara infrastruktur kolej selain asrama mahallah dengan. keberkesanan penggunaan E Pembelajaran E Learning Pengkaji menjangkakan semakin baik. infrastruktur kolej selain asrama mahallah maka semakin tinggi keberkesanan penggunaan E. Pembelajaran E Learning, ISSN XXXX Attarbawiy Malaysian Online Journal of Education. ISSN XXXX Attarbawiy Malaysian Online Journal of Education Vol 1 No 1 2017 E PEMBELAJARAN DALAM KALANGAN PELAJAR DI SEBUAH INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI SELANGOR E Learning Among Students of Higher Education Institutions in Selangor Hazwani Mohd Najib1 Noor Raudhiah Abu Bakar1 Norziah Othman1 1Faculty of Management and Muamalah International Islamic University College of Selangor

Related Books