DASAR LATIHAN INDUSTRI utar edu my

Dasar Latihan Industri Utar Edu My-Free PDF

  • Date:02 Feb 2020
  • Views:106
  • Downloads:1
  • Pages:44
  • Size:1.89 MB

Share Pdf : Dasar Latihan Industri Utar Edu My

Download and Preview : Dasar Latihan Industri Utar Edu My


Report CopyRight/DMCA Form For : Dasar Latihan Industri Utar Edu My


Transcription:

Kementerian Pengajian Tinggi 2010, Hakcipta Terpelihara Tiada mana mana bahagian jua daripada. penerbitan ini boleh diterbitkan semula atau disimpan di dalam. bentuk yang boleh diperolehi semula atau disiarkan dalam. sebarang bentuk dengan apa jua cara elektronik mekanikal. fotokopi rakaman dan atau sebaliknya tanpa mendapat izin. daripada Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia,Kata Alu aluan 5 Peranan dan Tanggungjawab. Penghargaan 7 a IPT 23,Pengenalan 11 b Organisasi yang Menerima. Pelajar untuk Latihan Industri 27,Penyata Dasar Policy Statement 12. Definisi Latihan Industri 13,i Sebelum Latihan Industri 28.
Objektif 14,ii Semasa Latihan Industri 29,Objektif Khusus 15. iii Selepas Latihan Industi 30,Hasil Pembelajaran 17. Pemberian Kredit 31,Skop Latihan Industri 18,Tatatertib Semasa Menjalani Latihan Industri 32. Pelajar Antarabangsa 19,Tempoh Latihan Industri 19. Penutup 35,Penempatan Latihan Industri 20,Senarai Program yang Memerlukan.
Imbuhan 22,Latihan Industri 37,Insurans 22,KATA ALU ALUAN. Y B DATO SERI MOHAMED KHALED BIN NORDIN,MENTERI PENGAJIAN TINGGI MALAYSIA. Assalamualaikum w b t dan Salam Sejahtera, Tahun 2010 adalah tahun akhir pelaksanaan Rancangan Malaysia Kesembilan RMK 9. dan juga tahun akhir bagi Fasa 1 pelaksanaan Pelan Strategik Pengajian Tinggi Negara. PSPTN Saya berbangga Kementerian Pengajian Tinggi KPT telah berjaya meletakkan. asas yang kukuh dalam Fasa 1 PSPTN bagi memperkasakan sektor pengajian tinggi ke. arah kecemerlangan Seiring dengan Teras 2 iaitu Menambahbaik Kualiti Pengajaran. dan Pembelajaran dalam PSPTN KPT telah meletakkan kebolehpasaran graduan. sebagai agenda kritikal yang perlu dilaksanakan dengan sasaran sekurang kurangnya 75. peratus graduan memperoleh pekerjaan yang sesuai dalam tempoh enam bulan setelah. menamatkan pengajian KPT juga telah menjadikan kebolehpasaran graduan sebagai. salah satu Key Result Areas KRA Kementerian bagi versi pertama tahun 2009. Alhamdulillah pada tahun 2008 sasaran tersebut telah dapat dicapai di mana 76 peratus. graduan telah berjaya sama ada mendapatkan pekerjaan melanjutkan pengajian dan. mengikuti latihan serta menunggu penempatan pekerjaan dalam tempoh enam bulan. selepas menamatkan peperiksaan tahun akhir, Dalam merealisasikan hasrat kerajaan untuk melahirkan sumber keperluan tenaga. kompeten yang dapat memenuhi kehendak majikan dan industri KPT telah. mengambil inisiatif melaksanakan kajian Development of National Policy on Internship. melalui kolaborasi dengan Institusi Pengajian Tinggi Awam IPTA Susulan daripada. kajian ini KPT telah berjaya membangunkan Dasar Latihan Industri IPT bertujuan. memantap dan menyeragamkan pelaksanaan latihan industri yang sedia ada di IPT. Bagi memperkukuhkan lagi latihan industri ini KPT sedar ia tidak boleh. dilaksanakan secara bersendirian oleh kementerian Tanggungjawab ini. perlu dipikul bersama dengan pihak industri Justeru jalinan kerjasama. bagi menyediakan latihan yang berstruktur untuk memenuhi tuntutan. strategik sumber tenaga negara antara IPT dengan pihak industri adalah. amat penting dan relevan dengan keperluan semasa Selain diguna pakai. oleh IPT Dasar ini boleh dijadikan panduan dan rujukan institusi institusi di. bawah Kementerian yang lain, Akhir kata saya merakamkan setinggi tinggi penghargaan kepada kumpulan.
penyelidik IPTA IPTS agensi agensi kerajaan dan swasta pihak industri. serta pihak berkepentingan yang telah memberikan input dan sokongan. bagi penyediaan Dasar ini Sekalung tahniah saya ucapkan kepada Seksyen. Penyelidikan Bahagian Perancangan dan Penyelidikan atas usaha dan. kegigihan menerbitkan Dasar Latihan Industri IPT ini. DATO SERI MOHAMED KHALED BIN NORDIN,PENGHARGAAN,Y BHG DATUK DR ZULKEFLI BIN A HASSAN. KETUA SETIAUSAHA,KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI MALAYSIA. Assalamualaikum w b t dan Salam Sejahtera, Saya memanjatkan rasa kesyukuran ke hadrat Allah s w t atas izin dan fitrah Nya. Kementerian Pengajian Tinggi KPT dapat menerbitkan Dasar Latihan Industri Institusi. Pengajian Tinggi, Era globalisasi dan dunia tanpa sempadan telah mengubah senario antarabangsa. di mana sumber manusia diiktiraf sebagai aset terpenting untuk menjana kemajuan. serta pembangunan negara Pembangunan sumber manusia yang bukan sahaja. berpengetahuan dan berkompeten tinggi malah berinovasi serta kreatif merupakan. teras kepada kejayaan sesebuah kerajaan Ini kerana golongan ini akan menyumbang. kepada peningkatan produktiviti dan daya saing yang mampu melonjakkan sesebuah. negara ke tahap yang lebih tinggi sebagaimana yang diumumkan oleh YAB Perdana. Menteri dalam Model Ekonomi Baru, Seiring dengan saranan YAB Perdana Menteri supaya hubungan bersifat tiga hala.
iaitu majikan pekerja dan kerajaan perlu berasaskan kepada saling bantu membantu. untuk membolehkan negara mencapai kejayaan lebih hebat pada masa depan. tanggungjawab ini wajar digalas oleh semua pihak Menyedari hakikat ini KPT telah. mengambil inisiatif menyediakan sebuah Dasar Latihan Indusri IPT yang akan diguna. pakai oleh IPT serta sebagai panduan dan rujukan oleh institusi institusi. di bawah Kementerian lain untuk tujuan penyeragaman amalan amalan. latihan industri sedia ada, Akhir kata saya ingin merakamkan setinggi tinggi penghargaan. kepada pasukan penyelidik IPTA IPTS agensi kerajaan dan swasta pihak. industri dan semua pihak sama ada secara langsung ataupun tidak. langsung yang telah memberikan sumbangan serta komitmen sehingga. Dasar Latihan Industri Institusi Pengajian Tinggi dapat direalisasikan. DATUK DR ZULKEFLI BIN A HASSAN,Dasar Latihan Industri. Institusi Pengajian Tinggi 11,1 Pengenalan, Dalam dunia hari ini para graduan perlu mempunyai kompetensi. dan kemahiran pekerjaan untuk mereka berdaya saing di pasaran. pekerjaan Memiliki ijazah tinggi sahaja tidak menjamin pekerjaan. seseorang Sebaliknya para graduan harus mempunyai pengetahuan. yang relevan dan terkini pengalaman praktikal kemahiran insaniah. serta sikap yang positif untuk melengkapkan mereka sebelum. berdepan cabaran dunia kerjaya sebenar Untuk meningkatkan tahap. mampu kerja para graduan program latihan industri diperkenalkan. untuk memperkasa kompetensi yang diperlukan Latihan industri. memberi pelajar peluang pembelajaran di dunia pekerjaan untuk. menerima pengalaman praktikal supaya dapat mempertingkatkan. kebolehpasarannya marketability,12 Dasar Latihan Industri. Institusi Pengajian Tinggi,2 Penyata Dasar Policy Statement.
Latihan industri adalah satu syarat wajib bagi pelajar dalam. program program tertentu di semua peringkat pengajian tinggi. di Institusi Pengajian Tinggi IPT iaitu peringkat Sijil Diploma dan. Sarjana Muda bagi memenuhi syarat penganugerahan Sijil Diploma. dan Ijazah Sarjana Muda masing masing Walau bagaimanapun. latihan industri ini akan dilaksanakan secara berperingkat mengikut. program program pengajian di IPT seperti di Lampiran. Dasar Latihan Industri,Institusi Pengajian Tinggi 13. 3 Definisi Latihan Industri, Latihan industri merujuk kepada penempatan pelajar di sesebuah. organisasi untuk menjalankan latihan praktikal yang diselia dalam. industri yang dipilih sama ada di luar ataupun di dalam negara. dalam jangka masa yang ditetapkan sebelum mereka dianugerahkan. Sijil Diploma atau Ijazah Sarjana Muda,14 Dasar Latihan Industri. Institusi Pengajian Tinggi,4 Objektif, Di antara objektif program latihan industri ialah untuk. mendedahkan pelajar kepada alam pekerjaan yang sebenar. mendedahkan pelajar kepada teknologi terkini dan juga. pengetahuan yang terbaru di pasaran, mendedahkan pelajar kepada amalan spesifik dalam bidang.
pengkhususan masing masing, mempertingkatkan pengetahuan kemahiran terutamanya. kemahiran insaniah dan pengalaman pelajar dengan,organisasi. melahirkan graduan yang berkompeten,mempertingkatkan peluang pekerjaan dan. merapatkan jaringan antara pihak Institusi Pengajian Tinggi IPT. dengan industri,Dasar Latihan Industri,Institusi Pengajian Tinggi 15. 5 Objektif Khusus, Di antara objektif khusus program latihan industri ialah memberi.
peluang kepada pelajar untuk, memahami tanggungjawab alam pekerjaan yang sebenar. mendapat pengalaman praktikal yang sesuai dengan bidang. pengkhususan masing masing, mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran akademik dalam. alam pekerjaan yang sebenar,menghayati nilai etika profesional. mengasah kemahiran insaniah yang sesuai dengan persekitaran. meningkatkan kemahiran berkomunikasi, menilai kebolehan kerjaya pengetahuan dan keyakinan diri. mempertingkatkan kebolehpasaran pelajar supaya lebih berdaya. Kata Alu aluan 5 Penghargaan 7 Pengenalan 11 Penyata Dasar Policy Statement 12Definisi Latihan Industri 13 Objektif 14 Objektif Khusus 15 Hasil Pembelajaran 17 Skop Latihan Industri 18 Pelajar Antarabangsa 19 Tempoh Latihan Industri 19 Penempatan Latihan Industri 20 Imbuhan 22 Insurans 22 KANDUNGAN

Related Books