DALAM MAHKAMAH RAYUAN MALAYSIA DI PUTRAJAYA BIDANGKUASA

Dalam Mahkamah Rayuan Malaysia Di Putrajaya Bidangkuasa-Free PDF

  • Date:11 Feb 2020
  • Views:59
  • Downloads:0
  • Pages:24
  • Size:331.30 KB

Share Pdf : Dalam Mahkamah Rayuan Malaysia Di Putrajaya Bidangkuasa

Download and Preview : Dalam Mahkamah Rayuan Malaysia Di Putrajaya Bidangkuasa


Report CopyRight/DMCA Form For : Dalam Mahkamah Rayuan Malaysia Di Putrajaya Bidangkuasa


Transcription:

MRJ NO K 05 M 220 08 2015,PENGHAKIMAN,Latar belakang. 1 Ini adalah rayuan perayu terhadap sabitan dan hukuman mati. yang telah dijatuhkan oleh Mahkamah Tinggi Alor Setar dengan. kesalahan membunuh di bawah seksyen 302 Kanun Keseksaan KK. 2 Butir butir pertuduhan dimana perayu telah disabitkan ialah seperti. Bahawa kamu di antara 14 Januari 2006 jam 5 30 petang hingga. 15 Januari 2006 jam 3 05 pagi di Kawasan Kelab Cinta Sayang. Sungai Petani di dalam daerah Kuala Muda di dalam Negeri Kedah. Darulaman telah membunuh Chee Gaik Yap KP 810831 02 5220. dengan itu kamu telah melakukan kesalahan yang boleh dihukum di. bawah seksyen 302 Kanun Keseksaan, 3 Kami telah mendengar dan menimbangkan rayuan perayu pada. 29 11 2016 Kami telah dengan sebulat suara menolak rayuan perayu. dan mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi yang mensabitkan. perayu dengan kesalahan yang dipertuduhkan Kami juga mengekalkan. hukuman mati yang dijatuhkan ke atas perayu Kini kami menzahirkan. alasan alasan kami dalam menolak rayuan perayu,MRJ NO K 05 M 220 08 2015. Kes Pendakwaan, 4 Seramai 15 orang saksi telah dipanggil memberi keterangan untuk. membentangkan naratif kes pihak pendakwaan Tiada saksi mata. eyewitness yang melihat kejadian pembunuhan si mati dalam kes ini. Oleh itu kes pihak pendakwaan bergantung sepenuhnya kepada. keterangan mengikut keadaan, 5 Hakim bicara yang bijaksana telah menyimpulkan fakta ringkas.
kes pendakwaan sebagaimana keterangan saksi saksi yang dipanggil. memberi keterangan seperti berikut Pada 14 1 2006 jam lebih kurang. 5 00 petang Chee Gaik Chun SP6 iaitu adik kepada si mati telah pergi. berjoging bersama sama si mati di kawasan Kelab Cinta Sayang Pada. mulanya mereka berjoging secara bersama Bagaimanapun pada satu. peringkat si mati telah berjoging dengan laju meninggalkan SP6 di. belakang Akhirnya SP6 tidak lagi dapat melihat si mati yang telah. berada jauh di hadapan Selanjutnya SP6 melihat sebuah kereta jenis. Naza berwarna hitam dengan bercermin gelap tinted membuat. pusingan U di hadapan SP6 dan kemudiannya dipandu laju menuju ke. arah si mati berjoging m surat 87 RR Jld 2A, 6 SP6 berasa pelik melihat kereta Naza tersebut tetapi beliau terus. berjoging Selepas itu SP6 ternampak getah ikat rambut bersama kasut. MRJ NO K 05 M 220 08 2015, si mati yang mempunyai kesan darah yang agak banyak SP6 menjadi. cemas dan terus menghubungi seorang lagi kakak sulungnya Chee. Gaik Fong supaya datang ke tempat kejadian untuk bersama sama. mencari si mati Kemudiannya SP6 bersama Chee Gaik Fong dan. seorang adik lelaki mereka Chee Han Keong SP5 telah berusaha. untuk mencari si mati namun gagal menemui si mati Mereka. kemudiannya balik ke rumah dan berbincang bersama ahli keluarga. sebelum akhirnya SP6 membuat satu laporan polis D2 di m surat 523. RR Jld 3 di Balai Polis Sg Petani pada 8 30 malam hari yang sama. 7 Hasil maklumat dari orang awam Inspektor Hashim bin Ismail. SP1 telah menemui mayat si mati pada 15 1 2006 pada jam 3 05 pagi. Mayat si mati ditemui dalam keadaan bogel dan terlentang di luar pagar. Kelab Cinta Sayang, 8 Semasa siasatan dijalankan pihak polis telah menahan beberapa. orang yang disyaki terlibat dalam pembunuhan si mati Perayu turut. dipanggil oleh Supt Law Tiang Huat SP12 untuk dirakamkan. percakapannya pada 1 3 2009 bagi membantu siasatan Ini berlaku 3. tahun selepas mayat si mati ditemui Pada 5 3 2009 perayu telah pergi. ke Australia dan berada di negara itu selama hampir 3 tahun Perayu. telah ditangkap di KLIA Sepang apabila kembali ke tanah air dan telah. dipertuduhkan dengan kesalahan membunuh si mati,MRJ NO K 05 M 220 08 2015. 9 Pakar Forensik Dr Mohd Suhani bin Mohd Noor SP4 telah. melakukan bedah siasat terhadap jasad si mati pada 15 1 2006 mulai. jam 8 20 pagi SP4 telah menemui 50 kecederaan luaran pada jasad si. mati yang disenaraikan dalam laporan Bedah Siasat P3 dan P4 di m s. 394 415 RR Jld 3 SP4 membuat rumusan bahawa kematian si mati. berpunca dari luka tikaman di bawah leher kanan Kematian si mati. dijangkakan telah berlaku antara 9 15 jam sebelum bedah siasat. 10 SP4 dalam keterangannya juga menyatakan bahawa terdapat. kesan kecederaan pada kemaluan dan dubur si mati SP4 menyatakan. bahawa kecederaan kecederaan itu telah berlaku ketika si mati masih. hidup Saksi SP4 turut menemui bahan berwarna putih berkrim yang. dipercayai krim rambut pada kemaluan dan dubur si mati Selain itu. SP4 telah mengambil sejumlah 22 sampel dari badan si mati. termasuklah contoh darah rambut bulu kemaluan serta swab pada. dubur dan kemaluan si mati dan telah menyerahkan sampel sampel. tersebut kepada Pegawai Penyiasat DSP Lim San Aik SP 15. 11 Sampel sampel yang diterima dari SP4 telah kemudiannya di. hantar oleh SP 15 kepada Ahli Kimia DNA Forensik Bakhtiar bin Kassim. SP14 untuk dianalisis Hasil analisis perbandingan profil DNA yang. MRJ NO K 05 M 220 08 2015, dijalankan SP14 mengesahkan bahawa terdapat DNA perayu pada.
swab yang diambil pada kemaluan dan dubur si mati, 12 Siasatan oleh SP15 menunjukkan bahawa keluarga perayu. memiliki sebuah kenderaan jenis Naza Ria berwarna hitam bercermin. gelap dengan nombor pendaftaran PFU 651 kereta Naza tersebut. Siasatan juga menunjukkan perayu tinggal bersama dengan. keluarganya di kawasan Kelab Cinta Sayang dan sering menggunakan. kereta Naza tersebut SP 15 menyatakan bahawa siasatan lanjut tidak. menemui sebarang kesan darah atau kesan air mani di dalam kereta. Naza tersebut,Dapatan hakim bicara di akhir kes pendakwaan. 13 Di akhir kes pendakwaan hakim bicara telah membuat dapatan. bahawa keterangan keterangan mengikut keadaan yang dikemukakan. oleh pihak pendakwaan iaitu bahawa keluarga perayu memiliki kereta. Naza tersebut berwarna hitam dan bercermin gelap perayu tinggal. dalam kawasan tempat kejadian penemuan air mani perayu pada. kemaluan dan dubur si mati serta fakta perayu telah meninggalkan. Malaysia untuk ke Australia dan berada di Negara Australia selama 3. tahun setelah pihak polis memulakan siasatan terhadap perayu tidak. mencukupi untuk membuktikan satu kes prima facie terhadap perayu. Hakim bicara juga menyatakan bahawa tiada bukti yang dapat. MRJ NO K 05 M 220 08 2015, menunjukkan bahawa perayu adalah orang yang telah mendatangkan. kecederaan kecederaan terhadap tubuh badan si mati yang telah. membawa kepada kematian ke atas si mati, 14 Hakim bicara berpendapat bahawa keterangan kukuh terhadap. perayu ialah keterangan DNA Namun begitu memandangkan. terdapatnya alel 8 dan alel 9 pada lokus STR THOI pada sampel yang. diperolehi melalui palitan di kemaluan dan dubur si mati terdapat. kemungkinan orang lain yang ada kaitan dengan kematian si mati Di. dalam keputusannya hakim bicara menyatakan seperti berikut di m s. 214 RR Jld 2A, Saya dapati keterangan DNA ini tidak dapat menghilangkan keraguan.
bahawa terdapat orang lain selain dari OKT yang ada kaitan dengan. apa yang berlaku ke atas si mati Selepas menilai keseluruhan. keterangan saya dapati keterangan keterangan ini tidak membuktikan. sama ada secara langsung atau secara mengikut keadaan bahawa. OKT telah mengenakan kecederaan yang menyebabkan kematian si. mati Di dalam keadaan sedemikian pihak pendakwa telah gagal. membuktikan kes prima facie terhadap OKT OKT dilepaskan dan. dibebaskan dari pertuduhan di bawah Seksyan 302 Kanun Keseksaan. 15 Pihak pendakwaan telah membuat rayuan ke Mahkamah Rayuan. terhadap perintah pembebasan perayu oleh hakim bicara Panel. Mahkamah Rayuan Linton Albert HMR Mohtarudin Bin Baki HMR dan. Abdul Rahman Sebli HMR telah pada 13 10 2014 membenarkan. MRJ NO K 05 M 220 08 2015, rayuan Pendakwa Raya dan memerintahkan agar perayu membuat. pembelaan di hadapan hakim bicara yang sama atas pertuduhan di. bawah Sekeysn 302 KK Perintah Mahkamah Rayuan di m s E1 dan E2. Kes Pembelaan, 16 Setelah tiga 3 pilihan untuk membela diri diterangkan kepada. perayu dia telah membuat pilihan untuk memberi kenyataan dari. kandang tertuduh tanpa bersumpah Perayu telah membaca kenyataan. bertulis dari kandang tertuduh seperti yang tertera di m s 525 534 RR. Jld 3 mengandungi 38 perenggan, 17 Teras pembelaan perayu ialah bahawa beliau tidak membunuh si. mati walaupun dia mengakui ada menemui si mati untuk tujuan. mengadakan hubungan seksual secara sukarela Perayu menyatakan. bahawa dia telah melanggan si mati melalui seorang rakan bernama. Wayne dengan bayaran RM350 Perayu seterusnya menyatakan dia. dan si mati telah mengadakan hubungan seksual di bahagian belakang. MPV Naza yang dia pandu pada hari kejadian Setelah selesai. hubungan seksual perayu menyatakan dia telah meninggalkan si mati. dalam keadaan masih hidup tanpa sebarang kecederaan sebelum dia. bergegas pergi menjemput ibunya Datin Nor Bahrian bt Ibrahim SP11. di Rumah Kelab Golf Cinta Sayang Perayu menafikan terlibat dengan. MRJ NO K 05 M 220 08 2015, kematian si mati dan menafikan telah melarikan diri ke Australia semasa. siasatan polis sedang dijalankan, 18 Pihak pembelaan telah memanggil bapa perayu Dato Jaafar bin.
Jamaludin SD3 SB2 sebagai saksi Saksi ini menyatakan bahawa dia. telah menjual kereta MPV Naza PFU 651 yang dipandu oleh perayu. pada hari kejadian kerana mahu membeli kenderaan yang lebih besar. untuk kegunaan ahli keluarganya Saksi ini turut menafikan telah. membuang pisau yang telah dijumpai di dalam kereta yang dikatakan. telah digunakan oleh perayu untuk menikam si mati Pihak pendakwaan. telah mencabar kebolehpercayaan saksi ini kerana keterangannya di. Mahkamah bercanggah dengan percakapannya yang dirakamkan di. bawah seksyen 112 Kanun Acara Jenayah KAJ Satu perbicaraan. dalam perbicaraan telah diadakan Hakim bicara mendapati saksi ini. telah gagal untuk memberikan penjelasan yang munasabah dan boleh. diterima mengenai percanggahan percanggahan yang material dalam. percakapan bawah seksyen 112 KAJ dengan keterangannya di. Mahkamah Kenyataan saksi yang didapati bercanggah secara material. adalah terhadap tiga perkara seperti yang terdapat dalam jawapan. diberikan semasa rakaman percakapan di bawah seksyen 112 KAJ. Q Kenapa kamu menjual kereta tersebut,A Saya jual kereta itu kerana ada kes pembunuhan. MRJ NO K 05 M 220 08 2015, Q Adakah kamu pergi bersama Shahril semasa buang pisau. yang digunakan untuk bunuh perempuan Cina itu,A Ya saya pergi bersama isteri saya dan Shahril. Q Di mana pisau itu dibuang, A Di dalam tong sampah berdekatan tapak pasar malam. Taman Ria Jaya Sg Petani Kedah,Keputusan hakim bicara di akhir kes pembelaan.
19 Hakim bicara memutuskan bahawa SD3 ialah seorang saksi yang. tidak boleh dipercayai kerana terdapat percanggahan yang material. antara keterangan lisan SD3 di Mahkamah dengan rakaman. percakapan yang diberikan kepada pihak polis di bawah seksyen 112. KAJ Hakim bicara mendapati SD3 telah gagal untuk memberikan. penjelasan yang munasabah dan boleh diterima mengenai. percanggahan tersebut, 20 Hakim bicara seterusnya telah membuat pertimbangan terhadap. keterangan yang telah diberikan oleh perayu dari kandang tertuduh. sepertimana diputuskan dalam kes PP v Chong Soon Wah 2009 7. MLJ 865 Teuku Nawardin Syamsuar v PP 2011 3 CLJ 353 dan PP. v Muhamad Rasid bin Hashim 2011 7 MLJ 845,MRJ NO K 05 M 220 08 2015. 21 Hakim bicara telah menolak versi pembelaan perayu bahawa dia. telah melakukan hubungan seksual dengan si mati secara sukarela. sebagai tidak munasabah dan tidak boleh dipercayai Hakim bicara. mendapati bahawa tujuan si mati ke tempat kejadian bersama SP6. adalah semata mata untuk berjoging setelah diajak oleh SP6 dan bukan. untuk mengadakan hubungan seksual dengan perayu Keterangan ini. tidak dicabar oleh pihak pembelaan, 22 Hakim bicara juga menerima keterangan SP6 bahawa terdapat. darah yang banyak pada kasut P46A B dan pengikat rambut P45A. milik si mati yang ditemui di tempat kejadian tidak lama selepas si mati. hilang dari pandangan SP6 Keterangan ini juga tidak dicabar oleh. pihak pembelaan Keterangan tanpa sumpah perayu bahawa dia telah. melakukan hubungan seksual secara sukarela dengan menggunakan. cecair daripada tubuh masing masing tidak boleh dipercayai. 23 Hakim bicara akhirnya memutuskan bahawa pembelaan perayu. telah gagal untuk menimbulkan sebarang keraguan yang munasabah. terhadap kes pihak pendakwaan Hakim bicara mendapati perayu telah. melakukan pembunuhan terhadap si mati dengan mendatangkan. kecederaan luka tikaman terhadap tubuh badan si mati yang mana. kecederaan yang diniatkan itu dalam keadaan biasa dan lazimnya akan. MRJ NO K 05 M 220 08 2015, membawa kepada kematian si mati Perayu telah disabitkan dan. dihukum gantung di leher hingga mati,Rayuan perayu.
24 Di hadapan kami peguambela terpelajar telah berhujah atas satu. isu pokok bahawa hakim bicara terkhilaf dalam mensabitkan perayu. dengan hanya bergantung kepada tiga aspek keterangan mengikut. keadaan Selanjutnya dihujahkan bahawa hakim bicara telah terkhilaf. dalam membuat penilaian terhadap pembelaan perayu yang diputuskan. oleh hakim bicara telah gagal untuk menimbulkan keraguan yang. munasabah terhadap kes pihak pendakwaan Tiga aspek keterangan. mengikut keadaan yang diterima oleh hakim bicara dalam mensabitkan. perayu dengan pertuduhan ialah seperti berikut, a berkaitan dengan kereta Naza Ria berwarna hitam dan. bercermin gelap,b hubungan seks dengan kekerasan dan. c perayu melarikan diri ke Australia,25 Mengenai aspek keteranga. MRJ NO K 05 M 220 08 2015 2 PENGHAKIMAN Latar belakang 1 Ini adalah rayuan perayu terhadap sabitan dan hukuman mati yang telah dijatuhkan oleh Mahkamah Tinggi Alor Setar dengan kesalahan membunuh di bawah seksyen 302 Kanun Keseksaan KK

Related Books