BAB 2 KONSEP DAN TEORI 2 0 Pendahuluan

Bab 2 Konsep Dan Teori 2 0 Pendahuluan-Free PDF

  • Date:20 Dec 2019
  • Views:76
  • Downloads:1
  • Pages:135
  • Size:595.52 KB

Share Pdf : Bab 2 Konsep Dan Teori 2 0 Pendahuluan

Download and Preview : Bab 2 Konsep Dan Teori 2 0 Pendahuluan


Report CopyRight/DMCA Form For : Bab 2 Konsep Dan Teori 2 0 Pendahuluan


Transcription:

kajian Bailey 1978 p 33 Biasanya dalam sesebuah kajian konsep hendaklah. diperjelaskan berdasarkan pandangan yang berbeza yang mempunyai kaitan dengan perkara. yang dihuraikan Azirah Hashim 2005 p 11 Hal ini amat penting dalam sesuatu kajian. kerana penjelasan yang dikemukakan dalam sesuatu penyelidikan akan memberikan suatu. pemahaman secara khusus kepada pengkaji untuk mengendalikan analisisnya dengan teliti. Syed Arabi Idid 1998 pp 25 26, Sarjana bernama Lawrance Newman 2007 p 26 menjelaskan bahawa konsep ini. akan terbentuk dalam simbol ataupun perkataan dan ia dikatakan sebagai pemahaman yang. terbentuk daripada pengalaman Sebenarnya manusia terdedah dengan pelbagai konsep. yang wujud dalam kehidupan sosial tetapi mereka menghadapi kesukaran untuk. menjelaskannya secara teratur Penjelasan yang sistematik inilah yang dirujuk sebagai. konsep dalam penulisan akademik Syed Arabi Idid 1998 p 26 Dalam hal ini. pengalaman kehidupan harian dan ilmu pendidikan memainkan peranan penting dalam. merekabentuk sesuatu konsep yang bersifat akademik Lawrance Newman 2007 p 26. Dalam sesuatu kajian pembentukan konsep hendaklah dibuat berasaskan. penyelidikan Jika tidak maka ia mungkin akan memuatkan perkara yang tidak berkaitan. dan tidak relavan dengan objektif sesuatu kajian Konsep juga penting dalam kajian kerana. ia memberikan suatu fahaman dan memainkan peranannya sebagai panduan kepada bahan. yang dikaji Syed Arabi Idid 1998 p 26, Fokus kajian semasa adalah terhadap ketaksamaan sosial yang wujud dalam. kalangan masyarakat India Malaysia sepertimana digambarkan dalam FFTM filem filem. Tamil Malaysia Oleh yang demikian ada baiknya jika konsep ketaksamaan sosial dan. filem diperjelaskan terlebih dahulu Berikut adalah carta yang menggambarkan keseluruhan. penerangan tentang konsep ketaksamaan sosial berdasarkan lingkungan dan kehendak. kajian ini,2 2 Ketaksamaan Sosial, Berikut adalah carta yang menggambarkan keseluruhan penerangan tentang ketaksamaan. sosial berdasarkan lingkungan dan kehendak kajian ini. Rajah 2 1 Kerangka ketaksamaan sosial,Manusia Masyarakat. Tindakan Sosial,KETAKSAMAAN SOSIAL,Semula Jadi Stratifikasi Sosial Dicapai.
STATUS KELAS KUASA,Faktor faktor yang mempengaruhi. Politik Ekonomi Budaya Agama Gender Pendidikan,Pentadbiran. Kerangka ini adalah direka oleh pengkaji berdasarkan kehendak kajian semasa Kerangka. ini pada dasarnya telah direka berdasarkan pemahaman pengkaji secara umum tentang. kewujudan ketaksamaan sosial dalam sesuatu kelompok masyarakat dan telah distabilkan. berdasarkan tiga prinsip utama ketaksamaan sosial status sosial kelas sosial dan kuasa. dan faktor faktor yang membentuk ketaksamaan sosial. Ketaksamaan sosial dalam kalangan masyarakat adalah merujuk kepada perbezaan. kedudukan yang wujud dalam kehidupan sosial Ketaksamaan sosial merupakan unsur yang. penting dalam kajian sosiologi Ketaksamaan sosial dalam kajian sosiologi dikatakan wujud. dalam semua institusi sosial dan juga dalam kelompok masyarakat Bottomore 1966 p 15. Hal ini dikatakan sebagai sesuatu yang tidak dapat dielakkan sepenuhnya dalam kehidupan. sosial kerana kewujudannya terbentuk secara semula jadi dan telah distabilkan dalam. kehidupan sosial Hurst 1992 p 1, Sosiologi dapat ditafsirkan sebagai ilmu penyelidikan tentang kumpulan. masyarakat struktur sosial perubahan yang berlaku dalam sosial dan juga berkaitan dengan. institusi institusi sosial Berry 1974 p 5 Walau bagaimanapun secara keseluruhannya. kajian sosiologi dikatakan sebagai kajian tentang manusia sahaja kerana kesemua aspek. lain adalah berkaitan dengan manusia dan menjadi fungsi fungsinya yang tidak dapat. dipisahkan daripada manusia Alex Inkeles 1965 pp 14 15 Sosiologi melihat manusia. sebagai suatu sistem gerakkan secara berterusan dengan persekitarannya dan juga. mempunyai persaingan dan konflik antara satu sama lain Rohana Yusuf 2010 p 15. Sosiologi juga melibatkan kajian yang dilakukan untuk mencari pengertian tentang. kehidupan sosial berdasarkan sifat semula jadi manusia itu sendiri Durkheim 1964. p 102 Kehidupan manusia pula merangkumi segala aspek sosial termasuk interaksi. budaya birokrasi populasi jantina umur tingkah laku politik kuasa stratifikasi norma. dan sebaginya Rohana Yusuf 2010 p 15 Menurut ilmu sosiologi bentuk kehidupan. sosial yang sistematik dan tersusun akan memberikan ruang yang secukupnya kepada. manusia untuk memahami sifat dunia dan juga cara bagaimana berkelakuan dalam sesuatu. kelompok sosial itu Berry 1974 p 36, Kajian dalam sosiologi dibahagikan kepada dua bentuk iaitu statik dan dinamik. Alex Inkeles 1965 p 4, i Statik sosial institusi institusi utama dalam sosiologi seperti keluarga.
agama politik dan sebagainya yang dianggap sebagai perkara yang penting. dalam kajian sosiologi Institusi institusi sosial adalah saling berhubung. antara satu sama lain dan sukar untuk dipisahkan kerana ia wujud dalam satu. bentuk kombinasi, ii Dinamik hal ini mengkaji tentang keseluruhan masyarakat yang berkaitan. dengan perkembangan dan perubahan yang berlaku dalam kehidupan sosial. Kedua dua jenis pendekatan ini merujuk kepada kajian tentang manusia dalam bentuk. individu dan juga masyarakat Dalam bidang sosiologi individu dan masyarakat. mempunyai kepentingan yang sama kerana kedua dua ini adalah saling bergantung antara. satu sama lain dan tidak boleh diasingkan Ting Chew Peh 1979 p 31 Individu adalah. gabungan penjumlahan kelompok masyarakat dan kelompok masyarakat pula menentu. peranan dan identiti individu Berry 1974 27 p 36 Masyarakat dalam sesuatu. kumpulan sosial bukan sekadar jumlah sahaja tetapi ia adalah sistem yang terhasil daripada. hubungan antara individu yang mempunyai ciri ciri tersendiri Durkheim 1964 p 102. Individu dan masyarakat adalah bahan kajian yang penting dalam ilmu sosiologi kerana. sosiologi adalah kajian tentang sains kemasyarakatan Alex Inkeles 1965 p 6. Masyarakat adalah istilah umum tentang penjumlahan individu Manakala. kelompok masyarakat dalam sosiologi pula merujuk kepada sesuatu kumpulan masyarakat. yang unik Durkheim 1964 p 103 Dalam sosiologi kelompok dirujuk sebagai kumpulan. yang mempunyai identiti yang sama bersatu padu bersahabat dan mempunyai tujuan yang. sama Ting Chew Peh 1979 p 55 Kelompok masyarakat ini terbentuk daripada kaum. bangsa kumpulan masyarakat institusi agama dan sebagainya Perhubungan antara. individu dan masyarakat dikatakan sebagai aspek penting bagi pembinaan kelompok sosial. dalam sistem sosial kerana perhubungan inilah yang membentuk aktiviti dan tingkah laku. dalam sosial Rohana Yusuf 2010 pp 4 7, Weber 1947 p 88 melihat sosiologi sebagai sains yang digunakan untuk. memahami aktiviti atau tindakkan sosial yang membawa kepada sebab dan akibatnya. Tindakan sosial ini merujuk kepada semua tingkah laku dan aktiviti yang dilakukan oleh. manusia yang membawa kepada sesuatu makna Biasanya tingkah laku individu mahupun. kelompok masyarakat adalah lebih berkait rapat dengan peranan Ting Chew Peh 1979. Peranan manusia tidak boleh diasingkan daripada konsep sosiologi Manusia. melakukan aktiviti berdasarkan peranannya dan hal inilah yang membentuk tindakan sosial. Masyarakat akan menentukan peranan yang harus dimainkan oleh seseorang individu. termasuklah pemilihan kerja mendirikan institusi keluarga tanggungjawab yang lain. berdasarkan tingkah laku dan juga dalam institusi institusi sosial yang lain Berry 1974. Dalam kehidupan sosial hubungan dan interaksi akan menentukan peranan yang. harus dimainkan oleh individu dan individu akan melaksanakan tindakkan berdasarkan. peranannya Ting Chew Peh 1979 p 103 Peranan masyarakat tidaklah ditentukan hanya. berasaskan pekerjaan mereka Sebenarnya ia adalah lebih luas merangkumi segala kegiatan. yang dilakukan oleh individu untuk diri sendiri dan bagi institusi institusi sosial yang lain. Berry 1974 p 12 Justeru itu peranan akan membentuk status dan kedudukan individu. dalam masyarakat yang melakukan tindakan yang berbeza berdasarkan kedudukan masing. masing Ting Chew Peh 1979 p 103, Dalam sosiologi individu yang ingin mendapatkan status tertentu harus sedia untuk. memikul peranannya kerana peranan biasanya mempunyai kaitan rapat dengan status dan. kedudukan sosial Oleh itu peranan menjadi asas pembentukan status dan kedudukan. Manakala status dan kedudukan pula mewujudkan kesaksamaan sosial dalam kalangan. masyarakat Rohana Yusuf 2010 pp 121 126, Kehidupan harian manusia memang diselubungi oleh pelbagai perbezaan dari segi. politik sosial dan ekonomi yang secara langsung memberikan dan meninggalkan kesan. dalam perasaan dan minda individu Hurst 1992 p 1 Manusia dikatakan sukar untuk. mengelakkan diri daripada perbezaan sosial ini Perkara perkara yang membentuk. perbezaan dalam kalangan masyarakat memainkan peranan penting dalam pembentukan. konsep ketaksamaan dalam sosial Kerbo 2012 pp 9 10. Ketaksamaan sosial ini dikatakan wujud di mana mana jua dan perbezaan antara. manusia dalam kehidupan sosial dikatakan wujud sejak zaman awal lagi Hal ini dikatakan. telah wujud sejak manusia memberikan tumpuan kepada keunikan individu yang telah. mendedahkan pandangan dan pemikirannya Rohana Yusuf 2010 p 219 Maka keadaan. ini telah mewujudkan pemikiran tentang kelainan dalam kalangan masyarakat Dengan itu. ketaksamaan sosial ini menjadi sebagai parameter dalam menentukan kedudukan individu. dalam sosial Rasmun Hoffmann 2008 p 29, Ketaksamaan sosial ini secara umumnya ditafsirkan sebagai kedudukan manusia.
dalam struktur sosial yang tidak memberikan ganjaran ataupun keistimewaan sosial yang. sama rata kepada semua masyarakat Ilan Marsh Mike Keating 1996 p 268. Ketaksamaan sosial dalam pengedaran ganjaran atau keistimewaan sosial ini boleh. mewujudkan perbezaan dalam struktur sosial dan seterusnya membentuk lapisan sosial. dalam kalangan masyarakat Kerbo 2012 p 9, Pengedaran atau pengagihan ganjaran dan sumber sosial ini dilakukan dalam. pelbagai dimensi yang berbeza kepada institusi institusi sosial mengikut kepentingan dan. juga kedudukan statusnya dalam lapisan sosial masyarakat Ridgeway Sandra. Nakagawa 2014 p 11 Dalam keadaan ini pengagihan ini secara langsung mahupun tidak. langsung melahirkan ketaksamaan sosial Sarjana Judah Matras 1975 p 9 menyatakan. bahawa ketaksamaan sosial dalam sosial bukan sahaja wujud disebabkan oleh berkebolehan. individu tetapi juga disebabkan oleh kedudukan seseorang itu. Ketaksamaan sosial juga membuka ruang kepada seseorang individu atau kumpulan. masyarakat untuk membandingkan kedudukan mereka dengan individu atau kumpulan. masyarakat yang lain Pada masa yang sama hal ini juga memberikan peluang kepada orang. lain atau kumpulan lain untuk menilai kedudukan diri individu atau kumpulan tersebut. Kerbo 2012 p 9 Sebagai contohnya seseorang yang mencapai suatu kedudukan yang. tinggi dalam ekonomi boleh mengubahsuai gaya hidupnya berdasarkan tahap pencapaian. ekonominya Maka dalam keadaan ini perubahan yang berlaku dalam kehidupan individu. tersebut akan menjadi alat pengukur kedudukan sosialnya Begitu juga dengan hal orang. lain yang menilai kedudukan seseorang individu yang lain Contohnya seseorang individu. pada alam kanak kanaknya mungkin ditegur dan tidak dilayani dengan baik oleh gurunya. tetapi kemudiannya apabila individu tersebut berjaya dalam hidupnya maka sudah tentu. layanan guru itu terhadap individu tersebut akan berubah. Ketaksamaan sosial dikatakan wujud dalam kalangan masyarakat dalam dua bentuk. Bottomore 1966 p 15 seperti berikut, i Ketaksamaan sosial itu wujud secara semula jadi dan tidak memerlukan sebarang. pengiktirafan daripada mana mana pihak atau individu kerana hal ini telah. distabilkan secara semula jadi Sebagai contohnya umur jantina kekuatan. badan kekuatan minda adalah berbeza antara satu sama lain yang membentuk. ketaksamaan sosial secara semula jadi, ii Kedua adalah ketaksamaan sosial yang terbentuk melalui proses bergantung kepada. hubungan kumpulan atau individu lain dalam usaha untuk distabilkan dan. diautoritikan Dalam keadaan ini peranan masyarakat dan institusi sosial. memainkan peranan penting dalam usaha memberikan pengiktirafan terhadap. kedudukan yang dicapai oleh seseorang individu itu Sebagai contohnya. pendidikan kedudukan dalam politik dan sebagainya adalah kedudukan yang. memerlukan pengiktirafan dan sokongan daripada pihak lain untuk mencapai. kedudukan tersebut, Dalam kedua dua unsur ini yang pertama adalah terbentuk secara semula jadi dan yang. kemudiannya terbentuk daripada sistem sosial tersebut. Ketaksamaan sosial dalam kalangan masyarakat juga terbentuk daripada proses. penempatan seseorang individu atau golongan pada sesuatu kedudukan tertentu untuk. memperoleh manfaat atau perkhidmatan Dalam keadaan ini kepentingan hanya diberikan. kepada perkhidmatan yang diberikan oleh individu atau golongan yang ditempatkan pada. sesuatu kedudukan tersebut Prestij dan penghormatan hanya dilihat sebagai aspek yang. kedua dalam proses ini Kerbo 2012 p 10 Sebagai contohnya kedudukan tinggi atau. pemilikan sesuatu jawatan boleh memberikan kuasa kepada seseorang individu untuk. melaksanakan beberapa tugasan yang dipertanggungjawabkan Perkhidmatan yang. diberikan oleh individu tersebut berpeluang untuk membawa anugerah dan pangkat kepada. individu tersebut Dalam keadaan ini pangkat dan anugerah itu akan membawa. penghormatan dan prestij kepada individu tersebut Walau bagaimanapun dalam hal ini. tugas yang dilaksanakan oleh individu itulah yang memainkan peran. KONSEP DAN TEORI 2 0 Pendahuluan Bab dua membincangkan tentang dua perkara iaitu konsep dan teori Bahagian konsep membincangkan tentang konsep ketaksamaan sosial sosiologi ketaksamaan sosial stratifikasi sosial status kelas dan kuasa serta faktor faktor yang mempengaruhi ketiga tiga

Related Books